Kuantan, 24 May 2009
Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia, telah membuat rakaman video, demonstrasi permainan Gerak Silat Lian pada hari Ahad 24 May 2009 bertempat di Pantai Telok Cempedak, Kuantan. Demonstrasi ini telah dijayakan oleh beberapa persilat-persilat daripada pelbagai gelanggang sekitar Negeri Pahang dengan disaksikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Utama En. Nazri B Hussin.
Beberapa gerak permainan telah ditonjolkan bagi memudahkan para persilat-persilat Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia memahami gerak jurus yang diajar dan dipraktikan didalam rakaman yang dibuat. Rakaman video ini juga tidak terhad kepada persilat-persilat malah dipertontonkan kepada umum dan ianya salah satu daripada inisiatif Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia menarik minat para pemuda dan pemudi mendalami, memahami dan mewarisi ilmu persilatan yang ada di Malaysia amnya.
Rakaman ini akan disiarkan didalam arkib Galeri PGSLM dalam masa terdekat
Terima Kasih
Urusetia Laman PGSLM


















