Adalah dengan ini, PGSLM sukacita ingin memaklumkan kepada seluruh warga PGSLM bahawaMajlis Perjumpaan Pertubuhan Gerak Silat LIAN Malaysia akan diadakan pada 13, 14 & 15 Febuari 2010 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Termerloh, Pahang. Aturcara majlis, program-program dan maklumat terkini berkaitan Majlis ini akan diberitahu dari masa ke semasa melalui portal rasmi ini dan surat menyurat kepada seluruh gelanggang. Adalah diharapkan agar seluruh warga PGSLM untuk mengatur jadual bagi turut serta didalam Majlis ini. Kehadiran daripada semua adalah diharapkan. Pihak PGSLM juga sedang mengaturkan penyertaan daripada Seni Perguruan lain serta undangan kepada beberapa tetamu kehormat bagi memeriahkan majlis tersebut. Program ini juga akan disertai oleh beberapa media cetak dan elektronik di Malaysia dan diantara program yang julung kali diadakan bagi Pertubuhan Silat seumpamanya dialaf ini.