You are here: Home Artikel - Utama Majlis Perhimpunan Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Search

Gerak Silat Lian

Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia

Majlis Perhimpunan Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia

E-mail Cetak PDF

Majlis Perhimpunan Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia siri 3 dengan ini secara rasmi akan diadakan pada 13 & 14 Febuari 2010 (Sabtu & Ahad) bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN Lanchang) Temerloh.

Kepada ke-semua ketua-ketua jurulatih, sila dapatkan borang permohonan didalam link yang disediakan dan hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli semua. Yuran penyertaan sebanyak RM 50.00 dikenakan kepada semua ahli dimana termasuk penginapan dan makanan.

Yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada Ketua Jurulatih dan dihantar kepada Bendahari yang dilantik En. Zainoldin (Abg Din Sholin) dengan menghubungi beliau ditalian 013-2026536 bagi tujuan penyerahan. Yuran pendaftaran juga hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada hari Jumaat 5 Febuari 2010.

Pihak PGSLM adalah dengan ini berharap agar penyertaan maksimum daripada seluruh gelanggang bagi mencapai misi dan visi Majlis Perhimpunan ini. Ataucara Majlis juga turut disertakan pada borang yang dilampirkan.

Semoga Majlis yang bakal dilangsungkan akan dirahmati serta memberi manafaat kepada seluruh warga Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia. Segala pertanyaan boleh diajukan kepada En Nasaruddin (Abot) ditalian 019-6444227.

Terima Kasih.

Klik disini untuk muat turun Borang Penyertaan

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 29 Januari 2010 14:22 )