You are here: Home PGSLM Sistem Bengkung
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Search

Gerak Silat Lian

Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia

Sistem Bengkung

E-mail Cetak PDF

TUJUAN SISTEM BENGKUNG

1. Dalam memperkemaskan sistem pembelajaran perguruan gerak silat lian, sistem warna bengkung adalah satu cara bagi meninggikan mutu latihan dan peningkatan mutu perguruan gerak silat lian.

2. Satu sistem yang teratur untuk pesilat-pesilat dapat memahami dengan mendalam kaedah-kaedah perguruan gerak silat lian.

3. Dengan sistem ini kualiti dan kuantiti pesilat akan dapat menjamin mutu persilatan perguruan ini bagi masa akan datang.

4. Apabila sistem ini telah dikuasai oleh pesilat-pesilat dalam sistem pembelajarannya, ini sudah tentu secara langsung dan tidak langsung perguruan ini akan memiliki terus pesilat untuk mempelajari gerak silat lian.

5. Perguruan gerak silat lian memandang jauh kehadapan demi kepentingan menangani perubahan-perubahan yang menyentuh kualiti dan produktiviti akan dapat bergerak dengan lebih berkesan dan mantap.

MATLAMAT SISTEM BENGKUNG

1. Dapat melahirkan ramai pesilat yang mahir dalam ilmu perguruan gerak silat lian.

2. Dapat membantu perguruan ini bergerak dengan lebih aktif.

3. Dapat menjadikan perguruan gerak silat lian ini satu perguruan yang terbesar dan berdaya saing dengan perguruan-perguruan yang lain.