You are here: Home PGSLM Sistem Pembelajaran
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Search

Gerak Silat Lian

Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia

Sistem Pembelajaran

E-mail Cetak PDF

Sistem Pembelajaran Didalam PGSLM

1. Kaedah Salam Perguruan (Pecah Lapan).

2. Kaedah Gayang Lima :

2.1 . Memasuki gelanggang lian akan diajar lian asas selama 3 bulan 10 hari (100).

3. Kaedah Senjata Lapan :

3.1 . Memasuki gelanggang lian senjata lapan 3 bulan 10 hari (100 hari) iaitu amali lian asas dan menyusun tekan tubi.

4. Kaedah Ruat dan Gayang :

4.1 . Pelajaran gerak dan nukil merangkumi kaji gayang lima, kaji senjata lapan, kaji ruat dan kaji gayang ; masanya tidak kurang 1 tahun.

5. Kaedah Nukil dan Syarah :

5.1 . Memasuki gelanggang lian sunnah dan dakwah :- pelajaran sunnah dan dakwah sekurang-kurangnya satu tahun dengan gelaran jurulatih. Pelajarannya berkaitan dengan ilmu pengetahuan tentang penglihatan mata, pelajaran akal dan budi bicara. Pelajaran hati rahsia dalam.

5.2 . Jurulatih dianugerah bengkung warna hijau.

6. Kaedah Keputusan Pelajaran Pukul

6.1 . Memasuki gelanggang lian mandat guru memperaku syahadah, perhubungan antara guru dan murid dan apabila sudah diperaku akan mendapat gelaran guru muda. Pelajarannya merangkumi soal jawab dalam permainan lian.

6.2 . Guru muda dianugerah bengkung warna kuning.

7. Penutup Pelajaran Pukul dan Syarat Menjadi Guru

Kedudukan guru muda yang memakai bengkung warna kuning yang menerajui gerak silat lian dalam semua sudut akan dilihat sebagai pewaris PGSLM. Dan ianya segenap, seluruh hidupnya di bawah naungan (yang dilindungi kecerdasan berfikir, kebolehan semula jadi, budi yang tinggi dan memiliki sifat genius, akan ditabalkan sebagai guru kanan yang memakai bengkung warna merah dan digelar malim guru penunjuk, pemimpin dan penaung Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia.

Pelajarannya merangkumi :

  • Wasitah daripada guru
  • Ucapan pada ketika menuntut
  • Rahsia untuk kegunaan guru
  • Cara-cara membuat gelanggang
  • Peraturan mengajar dan berlajar
  • Cara-cara membuka gelanggang