You are here: Home Salasilah Ucapan Guru Utama
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Search

Gerak Silat Lian

Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia

Ucapan Guru Utama

E-mail Cetak PDF

 

akum

Silat LIAN adalah warisan budaya bangsa dan dalam konteks pembangunan bangsa melayu, ianya bukan sahaja melambangkan seni astatika malah ia adalah lambang kekuatan dan kegagahan bangsa melayu dalam kelangsungan hidup mencari kemakmuran dan kesejahteraan.

Warisan Silat LIAN ini dilahirkan dari zaman ke zaman dan dipupuk secara kesinambungan sebagai satu kudrat sumber daya membina bangsa. Oleh kerana itu, ia tidak tinggal dan mati sebagai "Artifak" sejarah dan terus berkembang menjadi pendorong kekuatan zaman berzaman, dari adab ke adab menerusi pelbagai perubahan Ilmiah dan Duniawi kearah pembangunan negara dan bangsa.

Maka atas sifat inilah disiplin perlu ditingkatkan dalam PGSLM bagi melangkah, memasuki adab baru. Setiap kali ia tetap ukuh dan teguh sebagai kekuatan serta dorongan menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan.

Lantaran itu PGSLM hari ini tidak lepas dari memberi keutamaan terhadap kekuatan rohani dan saksiah, kesedaran unggul dan kesediaan mengubah sikap bangsa persilat LIAN itu dalam usaha membina negara, apatah lagi mencari matlamat wawasan.

Hari ini PGSLM dalam fasa pembangunan persilat dan persatuan kearah wawasan, bila PGSLM mula melangkah masuk kearah gagasan kemajuan itu, maka PGSLM memerlukan kekuatan dimensi budaya kerana bila mana PGSLM ingin mencapai kejayaan didalam dimensi ekonomi dan teknologi, PGSLM juga memerlukan kekuatan traditional agar kepincangan. Kepincangan sosial dan tensi masyarakat serta kemorosotan moral dapat diimbangi oleh nilai traditional dan nilai agama dengan ketegangan-ketegangan sosial tersebut.

Tensi persilat PGSLM dan kemerosotan moral didalam dunia Persilatan ini akan hanya lahir bila mana segelintir masyarakat itu tergelinicir dari pengaruh nilai-nilai positif kerana masyarakat yang maju didalam sikap mengejar keduniaan dalam orentasi mental yang baru perlulah diimbangi dengan kesedaran nilai moral agama dan kebudayaan keseluruhanya.

Wawasan PGSLM sebagai gagasan pembangunan persilatan LIAN dinegara ini mungkin mencapai kejayaan pembangunan, tetapi jika nilai norma dan akidah islamiah merempuh kehancuran maka wawasan PGSLM akan dianggap sebagai kegagalan bagi Pertubuhan/ Perguruan ini.

Satu pertubuhan silat yang maju dan sejahtera tidak dapat wujud tanpa kehadiran tingkat dan maju serta nilai positif. Khususnya disiplin yang memadai, sebab kemajuan dan kesejahteraan menuntut keteraturan dan kestabilan disamping dinamik dan semangat perguruan

Oleh sebab itu disiplin didalam PGSLM adalah satu keharusan dalam sebarang kemajuan dan ianya pula mestilah diimbangi oleh penubuhan kreativiti, kerana kejayaan dalam kemajuan pembangunan tidak mengkin berhasil jika bangsa itu tidak kreatif dan produktif.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 02 Januari 2009 19:48 )